Kenapa Link Dalam Bloglist Mia Tidak Banyak?

Ada blogger yang bertanya kenapa link dalam bloglist Mia ni tidak banyak. Ciput je. Ikutkan hati nak saja Mia letak banyak-banyak link blog supaya senang nak blogwalking. Tetapi hasrat terpaksa dipendamkan rentetan Mia ada terbaca satu artikel berbahasa Inggeris bulan Disember lepas (minta maaf tidak ingat linknya dan bukan blog orang Malaysia) yang mengatakan dalam memantapkan blog, bloglist juga jangan dipandang ringan. Paling maksimum pun hanya boleh ada 25 link sahaja dalam bloglist. Sebab itu lah kenapa link dalam bloglist Mia tidak banyak. Satu lagi katanya kalau boleh jangan ada icon link blog. Biar ada nama blog dan nama entri sahaja. Boleh tengok yang macam Mia buat kat bloglist. Macam itulah gayanya.

Mia mula kemaskini bloglist Mia pada awal Januari ini dan masih mengekalkan link bloglist kurang daripada 25 sehingga kini. Salah satu faktor juga supaya menjadi blog lebih ringan. 

Kalau nak letak banyak link dalam bloglist, disarankan agar buatlah di blog lain yang dikhaskan untuk bloglist sahaja ataupun buatlah di page lain yang mengandungi link blog rakan-rakan.

Apa-apa pun semuanya terletak pada kita. Blog kita.... terpulang.. tiada paksaan...

suka baca artikel-artikel yang berilmiah...