Pasang Meta Tag Alexa Di Blog

Ingat tak tempohari Mia ada cerita dalam entri SINI, masa blog ini mula-mula berjaya di bawah ranking 100,000 Alexa.com.

Selain daripada memasang widget Alexa di sidebar blog dan install Alexa Toolbar di browser Google Chrome (Mia memang guna Google Chrome), ada satu lagi yang harus kita lakukan iaitu dengan memasang atau meletakkan meta tag Alexa di dalam blog kita. Ini bertujuan bagi memudahkan Alexa untuk memeriksa dan menentukan status ranking blog kita.

Cara-caranya ialah : (sila klik pada gambar untuk besarkan)

Register atau Create an Account di SINI. Mia pilih Login with Facebook.

Kemudian pergi ke link ini, http://www.alexa.com/siteowners/tools dan pilih Claim Your Site.


Masukkan URL blog anda dan klik pada butang Claim Your Site.


Pilih Free Sign Up.


Ada 2 pilihan option. Pilih option ke 2.


Ada 3 jenis code meta tag. Mia pilih code yang pertama untuk diletakkan sebagai comment iaitu di bawah tag Title. Copy code tersebut.


Pergi kat Blogger, pilih Template dan Edit HTML. Cari tag title dan paste coding meta tag Alexa tadi di bawahnya. Kemudian Save Template. Refesh blog anda.


Kemudian, barulah boleh klik Verify my ID dan mesej berjaya akan dipaparkan. Sekiranya tidak berjaya, cuba tunggu sebentar dan kemudian cuba sekali lagi.


Selepas klik butang Continue, sila isikan butiran yang diperlukan untuk Public Listing Information dan proses telah selesai. 


Inilah hasilnya, bila klik pada Site Info, untuk semak ranking blog sendiri akan keluar seperti di paparan di bawah.

Sekiranya ingin mengubah apa-apa maklumat di dalam Site Listing, silalah pergi ke Dashboard dan pilih Site Management >> Edit Site Listing


Semoga anda semua berjaya memasang meta tag Alexa di blog anda. 

Selamat mencuba...

p/s: cubalah ya tutorial ini...