Rokok Elektronik - Alternatif Untuk Berhenti Merokok

Baru sahaja seminggu Suami Mia menggunakan rokok elektronik yang dikatakan sebagai alternatif untuk berhenti merokok bagi perokok tegar. Cara yang mudah dan selamat serta tidak menyakitkan.

Kami beli rokok elektronik ini di Kipmart, Tampoi semasa ingin membeli barang-barang keperluan dapur.  Kemudian ke kedai mainan yang di depannya ada gerai (booth) Nicotech . Jadi, sementara menanti Mia dengan Sofea pilih barang mainan, Suami Mia pun pergilah membelek-belek rokok elektronik di gerai Nicotech. Nampak eksklusif. 

Habis semua E-Liquid pelbagai perisa dicubanya. Rasa puas hati dan berkenan nak beli rokok elektronik jenis eGo mini bomb black dengan dua Nicotech E-Liquid perisa peach dan bubble gum (campuran peach 70% dan bubble gum 30%). Yang penting, boleh dilaraskan dari 3.0 volt (paling lembut) hingga 6.0 volt (paling keras). Tapi katanya jenis ini yang paling laris di pasaran dan menepati citarasa Suami Mia.

Harganya pun agak mahal sedikit dan ada jaminan 3 bulan. Untuk yang ini satu set harganya RM 350 dengan satu botol Nicotech E-Liquid. 

rokok elektronik - eGo mini bomb black

komponen-komponen rokok elektronik

beg rokok elektronik

compartment di dalamnya

pengecas bateri - cas sehingga lampu berwarna hijau

2 botol Nicotech E-Liquid. 1 botol harganya RM 25.00

E-Liquid perisa peach dan bubble gum

cara masukkan E-Liquid ke dalam tangki rokok elektronik

Rokok elektronik ini boleh juga dianggap sebagai pengganti rokok yang selamat dan sihat kerana :

  • tiada tar
  • tiada pembakaran
  • tiada tembakau
  • tidak beracun
  • tiada karbon monoksida
  • tidak mengkaratkan gigi
  • menjimatkan kos
  • boleh merokok di mana sahaja

Tidak salah kalau nak guna dan cubanya...

p/s : kalau ada apa-apa maklumat tambahan silalah berkongsi pandangan dan pengalaman di ruangan komen entri ini.. terima kasih ya..