Al-Fatihah Buat Arwah Azli Paat

Betapa terkejutnya Mia ketika berblogwalking ke blog Roslan dan terbaca entri INI. Mia amat kagum dengan arwah yang merupakan ikon dan idola Mia, sememangnya arwah adalah pakar ICT yang termasyhur sekali.  Arwah meninggal dunia akibat demam panas.

Banyak betul ilmu dan inovasi ICT yang telah dicurahkan. Paling teruja apabila arwah memenangi Anugerah Perdana Menteri 'Best of the Best' APICTA 2012. Kehilangan arwah amat terasa kini. Beliau seorang yang peramah, senang bergaul dan rendah diri. Mia mula mengenali beliau selepas menghadiri Media Sosial Merapatkan Penglibatan Rakyat Dengan Kerajaan pada tahun 2010 yang lepas. Sejak itu, Mia cukup kagum dengan aktiviti dan penglibatan arwah di dunia ICT.

Al-fatihah buat arwah semoga rohnya dicucuri rahmat dan takziah buat keluarga arwah.

Boleh lihat berita tentang arwah di SINI dan SINI.

masih terkejut lagi ni...