Bebelan Di Tengah Malam (4)

Entahlah mengapa jari-jemari Mia ni rajin pula nak menaip untuk entri tengah malam. Sebenarnya dah awal pagi ni. Tak kira nak tajuk entri ni tengah malam juga.

Alhamdulillah, sambutan untuk aktiviti Carta Pengkomen Tegar amat menggalakkan dan Mia rasa syukur sangat dapat rakan-rakan blogger yang begitu mesra walaupun blog ini tidaklah sehebat blogger-blogger famous yang lain. Terima kasih sangat-sangat sebab sudi komen di entri-entri Mia.

Mia ada juga merancang beberapa aktiviti blog bulan Mac ini, kalau ada sesiapa nak beri cadangan amatlah dialu-alukan. Tiadalah Mia ini syok sendiri berblog. Tidak kisahlah. Tutorial ke... segmen ke.. tips ke... kuiz ke.. Mia akan cuba mana yang termampu. Kadang kita tidak tahu apa yang orang nak, melainkan kita kena tanya sendiri, betul tak?

Ada satu lagi aktiviti yang belum selesai. Segmen banner gift terbantut sedikit memandangkan notebook Mia masih lagi di kedai komputer. Belum siap lagi. Selalunya bila design dengan notebook tu, akan mudah ada idea. Laju sahaja bila buat design. Tinggal 3 banner lagi yang harus disiapkan. Rindunya kat notebook kesayangan tu. Buat sementara ini Mia pinjam notebook lain.

Komuniti mialiana.com pun dah semakin meriah sekarang ini. Alhamdulillah dengan jumlah follower yang semakin meningkat secara perlahan sama ada melalui blog, google+ dan fanpage. Seronoknya dah tambah ramai kenalan blogger, baik yang baru mahupun yang lama.

Mentang-mentang esok tidak kerja, dah namanya kerja kerajaan, malam ini mata elok pula tidak mengantuk. Hujung minggu datang lagi dan masa untuk keluarga...

sambil-sambil tengok televisyen TV2 cerita Rocky ni....