Semak Keputusan SPM 2012 Melalui mySMS

Hari ini keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 akan diumumkan. Berdebar juga Mia sebab Adik Bongsu Mia ambil SPM tahun lepas. Tidak kisahlah, apa-apa pun keputusan yang keluar kami sekeluarga tetap sayang pada dia. Dia pun dan belajar dan berusaha sungguh-sungguh masa tu. Harap lulus.

Sementara itu, dalam Portal Rasmi Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia, ada nyatakan kemudahan untuk membuat semakan secara SMS.

Boleh disemak oleh ibu bapa atau ahli keluarga pelajar melalui mySMS bermula jam 10.00 pagi hari ini, Khamis 21 Mac 2013 sehingga jam 11.59 malam Rabu 27 Mac 2013

Caranya :

taipkan SPM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran 
kemudian SMS ke 15888


klik pada gambar untuk besarkan


Kepada semua pelajar yang bakal mengambil Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 pada hari ini, diucapkan semoga berjaya dan mendapat keputusan yang cemerlang. Apa-apa pun keputusan yang bakal keluar nanti terimalah dengan tabah dan redha, kerana anda semua telah membuat yang terbaik...  

sumber : http://www.moe.gov.my/lp

teringat masa nak ambil keputusan SPM dulu.. Mak dan Ayah Mia adalah orang yang paling risau sangat....