Stres Dengan Blog Layout Lebih 5 Jam

Sesiapa yang berkunjung blog ini pada pagi tadi, tentu akan perasan perubahan ketara pada blog ini. Sebenarnya Mia sedang troubleshooting punca side bar blog tiba-tiba berada di bawah entri blog bukan di tempat asalnya. Sedangkan kat dashboard >> layout tiada perubahan berlaku, side bar blog masih berada di kanan.

Macam-macam percubaan yang Mia buat. Mula-mula template blog ini diaplikasikan ke blog kedua Mia, hasilnya side bar masih berada di sebelah kanan. Maknanya template blog bukan masalahnya.

Kemudian, Mia cuba dengan template blogger yang sedia ada ke blog ini. Pun sama juga. Side bar blog masih berada di bawah.

Coding blog ini telah berulang kali disemak, ternyata tiada perubahan yang berlaku. Mia cuba kecilkan saiz column entri dan side bar. Pun sama juga, side bar masih berada di bawah, tidak mahu naik.

Kemudian, Mia ada cuba untuk jadikan kepada 1 column, tapi rasa macam pelik sahaja dengan semua widget side bar diletakkan di bahagian footer.

Terus tukar balik semula blog kepada asal dengan side bar di bawah entri. Betul-betul susah hati bila tidak nampak punca masalah ini di mana.

Tup-tup dalam pukul 12.15 tengahari tadi, Mia pun cuba save draft entri pada pagi tadi dan cuba refresh blog balik. Eh! Side bar blog dah naik ke atas dan kembali normal. Mana dapat idea, Mia pun tidak tahu. Sebab memang tidak putus-putus doa dari pagi tadi nak tahu sangat puncanya di mana. Alhamdulillah, telah diberi petunjuk dan Mia rasa syukur sangat.

Nak buang entri pagi tadi, terasa sayang sebab ramai yang dah komen. Kemudian, Mia copy karangan entri pagi tadi ke dalam notepad dan buang semua coding di bahagian HTML. Mia masukkan semula gambar dan karangan semula. Selepas selesai terus tekan publish. Alhamdulillah sekali lagi, side bar blog masih normal.


side bar blog telah kembali normal

Apa kaitannya entri dengan side bar blog pun Mia tidak tahu. Sedangkan update entri pagi tadi seperti biasa. Tiada yang pelik-pelik. Yang pastinya, blog telah pulih seperti sediakala selepas lebih 5 jam Mia stres dengan blog layout.

baru menarik nafas lega...