Bila Sofea Gunting Rambut...

Hari ini hari Sabtu. Cuti sekolah pun dah bermula. Petang tadi dalam pukul 4.15 petang, kami sekeluarga pergi ke rumah Auntie Chin (memang dah biasa gunting rambut dengan dia) di Taman Perling, Johor Bahru. Rambut Sofea dah agak panjang, jadi tibalah masanya untuk digunting.

Macam-macam aksi Sofea ketika gunting rambut. Baru sekejap gunting rambut, mulalah gerak sana dan gerak sini. Bila gunting rambut kat kawasan berdekatan telinga dan leher, rasa geli dan mulalah ketawa. Mula-mula Mia jaga Sofea. Tetapi selepas dah bosan dan rimas, habis kain merah tu dibuangnya. Tinggal tuala putih sahaja buat tutup baju. Kemudian, Ayahnya pula tolong layan dia. Agak lama juga sesi gunting rambut sambil melayan karenah Sofea.

Sofea ketawa 

Dengan Auntie Chin 

 Sedang gunting rambut Sofea

Ayahnya pujuk 

 Layan tengok majalah

  Lega dah selesai gunting rambut

"Cukuplah mak... jangan ambil gambar Sofea lagi.."

Barulah giliran Suami Mia gunting rambut

Teringin juga nak tengok rambut Sofea panjang, tapi baru panjang sedikit dia dah mula rimas. Tunggu besar sedikitlah, baru bela rambut panjang. Itu pun kalau dia nak...

Mia sahaja yang tidak gunting rambut...