Episod Akhir Rindu Bertamu Di Abu Dhabi
Wahh.... sanggup balik cepat-cepat petang tadi semata-mata tidak mahu melepaskan episod akhir drama bersiri kesayangan Mia, Rindu Bertamu Di Abu Dhabi. Memang best lah. Sukanya Mia. Happy ending. Mia pernah cerita di entri SINI masa drama ini mula ditayangkan di TV3.
Rupanya Firdaus adalah anak luar nikah Haji Ilham dengan Mak Fifi selepas Mak Fifi buat pengakuan sebenar pada Kirana. Haji Ilham pernah bawa Mak Fifi untuk gugurkan kandungan, tetapi Mak Fifi tidak jadi gugurkan dan sembunyikan rahsia ini sehingga melahirkan Firdaus. Oleh kerana tidak mampu untuk besarkan Firdaus, maka ditinggalkannya di rumah Haji Ilham.
Pada masa itu, apabila Faiz dan Fifi dengar saja yang Firdaus adalah anak Haji Ilham, mereka tidak dapat menerima kenyataan dan terus keluar. Ketika bergaduh di dalam kereta, mereka telah mengalami kemalangan dan Fifi meninggal dunia di tempat kejadian. Faiz di masukkan ke wad ICU dan sebelum menghembuskan nafas terakhirnya, dia sempat meminta maaf dengan ibu bapanya dan menyatakan Firdaus tidak bersalah. Haji Ilham jatuh sakit dan menyesal dengan segala perbuatannya, serta minta Firdaus supaya tinggal dengannya. Kemudian, Haji Ilham pun sembuh dari sakitnya.
Adam telah mengundurkan diri kerana dapat rasakan jodoh Fatin Zaharah kuat dengan Firdaus. Akhirnya Firdaus berkahwin dengan Fatin Zaharah bagi menggantikan perkahwinan Faiz dan Fifi yang tidak boleh dibatalkan kerana persiapan dan jemputan telah dibuat. Kemudian, Firdaus dan Fatin Zaharah menguruskan syarikat Ilham Enterprise. Mak Fifi pula masuk hospital sakit mental sebab tidak dapat menerima kenyataan Fifi tiada lagi. Namun Firdaus tetap sayangkan maknya dan melawat maknya.
Tentang Mira dengan Faris pula tidak banyak dikisahkan. Cuma Mira terpaksa pergi dan Faris nampaknya memang sayang kat Mira. Namun, biar takdir yang menentukan hubungan mereka nanti.
Kesimpulannya, drama ini banyak membawakan mesej kekeluargaan, kasih sayang, percintaan, pengorbanan, persahabatan dan ada unsur-unsur pengajaran yang boleh dijadikan tauladan buat kita semua. Terbaik..
"update 9.15 malam : nama Mak Fifi ialah Salina (Mia terlupa masa menaip entri ini tadi)"
"update 9.15 malam : nama Mak Fifi ialah Salina (Mia terlupa masa menaip entri ini tadi)"
suka sangat dengan lakonan Fahrin Ahmad (Firdaus)....
61 Comments
saya peminat FA, lakonannya bersahaja dan style....lakonan FIFI pun mantap sesuai dengan watak antagonis yang dibawanya....
ReplyDeleteooo samalah kita... kak sukma..
Deleteakak tahu tak,saya nangis kot tadi..sedih!! part yg hj irham tahu firdaus x zina.,warghhh tambah plak time fariz nangis. :(
ReplyDeletelahh.. betul2 menghayati tu namanya. kak mia pun hampir bergelinangan air mata sebab kesiankan firdaus...
DeleteMak Fifi tu namanya Salina. Lakunan hebat Raja Ema. Saya suka dia berlakun dalam drama ni. Saya juga suka Fahrin Ahmad. Yang lain-lain tu tak minat sangat. (anak-anak akan reject jika ada Shah Jazle!)
ReplyDeleteSaya tengok lompat-lompat, tapi episod akhir ni bernasib baik dapat lak tengok sebab sempat sampai awal hari ini ke rumah.
tu lah.. mia tak suka mak fifi tu. masa menaip entri ni tadi terlupa pula nama maknya, salina. terima kasih sudi ingatkan mia.
Deletewahhh bestkan dapat tengok ending citer ni...
Tak layan sangat pun Mia.. sesekali je...
ReplyDeleteooo takpe hainom..
DeleteMemang terkesan kat hati.....
ReplyDeleteMeh baca ni penangannya kat AJ...
http://ayuejean.blogspot.com/2013/04/pengaruhtv-penangan-rbdad.html
memang pun AJ...
Deletesgt2 terkesan.. aduhh, jatuh cinta tau =)
Deletepenangan kuat kan baby..
DeleteSayu rasa bila semua dah kembali baik,firdaus dah diterima tp kalaula arwah wife dia ada lagi kan?
ReplyDeletetu la.. kesiannya kat ain..
Deleteakak suka drama ni.memang best!
ReplyDelete(^_^)
Deleteassalamualaikum mia...ending yg best..;)
ReplyDeletewaalaikumussalam... haah kan mama..
Deleteending dy mmg terbaek lahh !
ReplyDeletetu la... nasib baik best...
Deleteterima kasig bgthu endingnye... acik x dpt tgk x de TV hehehe
ReplyDeletetakpe...
Deleteslm kak mia.sy selama ni x mau lyn drama ni tp bila mak kata best.mgu lps baru sy follow.mmg terkejut btl fahrin ahmad nyanyi lagu OST...not bad :)
ReplyDeletetu la pasal... tergoda ni... hehehhe
DeleteTak sempat nak tengok tadi. Kena carik online ni ;) hee
ReplyDeletetengok kat tonton ya sally..
Deletetak tgk citer ni... hoooooo
ReplyDeletetakpe leeza..
Deleteohh saya bila drama melayu tengok akhirnya jee lahh nasib baik happy ending :) hehe
ReplyDeletetakpe kalau tak sempat tengok dari mula...
Deletehuhu tgk td episod last tuh...mmg dh agak last2 kawin gak gn fatin zaharah..wahaha :P
ReplyDeletenaib baik kahwin... cinta yang terlalu lama tuh..
Deletealaaa..tak dan nak tengok tadi. tapi bila sis dah explain final cite nih, at least terubat sedikit duka tadi.
ReplyDeletetakpe fyna..
Deletehehe..melepas la nak tgk..kita suka tgk drama ..apa2 la drama time last episode ja..ahaha..pastu terkebil2 tak faham jlan cerita sebenar mcm mana..hehe..
ReplyDeletetakpe nana...
Deletemelepas tertidur depan TV lah...
ReplyDeleteuii penat sangat la tu lepas balik kerja..
Deleteterima kaish atas entri ini kakmia.. deno terlepas tengok episod akhir...
ReplyDeletesama2 deno..
Deletesuka lakonan Fahrin juga. last-last kawen juga mereka. :)
ReplyDeletehaah kan shuhaida..
Deleteakak pun ikut citer nie, mak akak sampai cakap..napa lah letak waktu maghrib citer. kesian mak fifi tu..tapi baju kahwin dia orang tu dapat sponsor merah sakitnya mata tengok
ReplyDeletetau xpe, merah menyengat tu..
Deletetu la... tak cantiklah kalau merah sangat... pening bila tengok... huhuhu
Deleteooo.. cmtu ya ending dye. dh dapat gambarannya.. sok tetap nak download..
ReplyDeletememang cam tu... best ditonton..
Deletebaby jarang dpt tengok ontime drama ni. tapi selalu tengok maraton kt tonton. tp tadi sempat tengok walaupun dah hujung2. sedih sgt masa Ain meninggal itu hari tau..
ReplyDelete~kita pun suka sgt kat fahrin. owh, fahrin ahmad org johor. hehehe,
memang orang johor.. sama dengan kak mia...
DeleteRamai peminat drama ni rupanya
ReplyDeleteterutamanya kaum wanita...
DeleteKalau tak happy ending mau terbakar panggung dibuatnya....huhuhuuuu
ReplyDeleteuikkk haruslah... tv jadi mangsanya...
DeleteSelalunya, drama Melayu memang happy ending. Barulah puas jadi penonton setia. Walau bagaimanapun akak tak ikuti drama ni..
ReplyDeleteooo takpe kak salmi..
DeleteMmg tak smpt nk follow drama ni.. tp bc kt sini, ending ok! :-)
ReplyDeletetakpe eraz..
DeleteDrama dekat tv alHijrah pelakonnya sama macam pelakon cerita ni..Tapi cerita ni best lah juga, hehe..sebab kadang2 je tonton..itu pun online.
ReplyDeleteoooo gitu ya aini..
Deletesangat rindu dgn firdaus & ain..hehe
ReplyDeleteboleh tengok kat tonton.. mv..
Delete