Nak tahu tak apa sebenarnya punca masalah Mia yang dimaksudkan dalam entri Buat Perubahan Pada Blog Tetapi Tidak Berjaya. Sebenarnya, Mia tengah cuba-cuba nak buat layout side bar di bahagian atas 1 column, di bahagian tengah 2 column dan di bahagian bawah 1 column berbeza dengan yang asalnya 1 column sahaja.

Ini semua gara-gara nak meletakkan widget Google Friend Connect dan Google+ Follower bersebelahan. Senang nak follow dan tidak ambil banyak ruang. Cita-cita tingginya tapi boleh dicuba.

Macam-macam blog tutorial yang Mia cuba. Ternyata layout side bar blog yang diidamkan paling sukar dibuat. Bila tidak berjaya, Mia tukar kepada layout blog yang asal. Oleh kerana ingin juga menunaikan hasrat di hati ini, Mia tetap usaha dari sehari ke sehari di waktu malam sehinggalah akhirnya layout side bar blog yang dikehendaki berjaya dibuat. Lebih kurang dalam 2 atau 3 tutorial yang Mia ikut. Kalau disuruh Mia buat balik semula pun belum tentu jadi. Bak kata orang, try and error. Bila dah jadi, terus Mia tak usik apa-apa coding lagi.

Inilah hasilnya, layout side bar blog terkini.... jenuh juga nak buatnya... ada dikisahkan dalam entri Blog Berubah Wajah


Mungkin bagi sesetengah blogger rasa macam kacang tapi tidak... bagi Mia. Mia bukannya boleh mengadap blog 24 jam. Hanya waktu malam sahaja yang sempat nak belek coding.

 tertunai sudah hasrat di hati... luahan ikhlas di malam hari...