Hari ini Mia pergi kerja. Nasib baik tiada ada mesyuarat pada hari ini. Mood nak buat kerja pun agak kurang. Bila bercakap sahaja, terus rasa gatal tekak dan nak batuk. Terpaksalah kurangkan bercakap hari ini walaupun selalu mulut ini suka bercakap. Maklumlah peramahlah katakan.

Membuat kerja seperti biasa. Makan ubat mengikut masanya. Agak-agak kalau tak larat, buat kerja perlahan-perlahan. Kepala masih berat juga ni.

Kalau batuk masih tak sembuh juga, esok atau lusa kenalah pergi urut satu badan ini. Selalu macam itu, baru sembuh sepenuhnya... atau pun pergi buat sauna, biar berpeluh satu badan dan akan terasa segar sangat lepas tu. Kita hanya merancang... tengok sahajalah nanti...

diam itu lebih baik....