Alhamdulillah syukurnya. Kak Aida telah pun selamat menjalani pembedahan di Regency Specialist Hospital, Bandar Seri Alam, Masai semalam. Mia risau juga semalam tapi malam tadi lega bila dapat mesej WeChat dari Kak Aida selepas dia sedar. 

Petang tadi kami melawat Kak Aida. Kehadiran kami, Haji Mus (bos Kak Aida), Kak Mazni, Assalinda, Dayah dan Mia disambut mesra oleh Kak Aida dan Suami Kak Aida. Namun, riak wajah Kak Aida masih lagi belum ceria. Tapi tetap senyum... Kuat betul semangat Kak Aida. Mia kagum sangat dengan dia ni.

Sayang sangat Kak Aida. Baik orangnya. Cepat-cepat sembuh ya.. nanti boleh kita keluar makan sama macam dulu. Kak Aida akan bercuti lama selepas ini. Rehat betul-betul ya... Will be missing you soon...



doakan Kak Aida ya....