Malam ini kami sekeluarga menonton Bintang Mencari Bintang di TV3. Masa inilah nak ketawa. Lawak akan berjaya apabila kita ini sebagai penonton boleh ketawa. Memang best kali ini. Pelbagai sentuhan kreatif oleh sifu-sifu berpengalaman. Yang bestnya sentuhan Red Indian dengan Angry Bird. Kelainan yang tidak terfikir oleh Mia.

Adat bertanding, ada yang kalah... ada yang menang... Yang kalah tersingkir. Yang menang akan pergi ke peringkat seterusnya...

Kepada yang tersingkir, haruslah belajar lagi dan kembangkan bakat yang ada. Memang anda semua terbaik...

Paling Mia kagum dengan Achey. Walaupun seorang diri tetapi mampu menyengat. Syabas dan tahniah kerana memperolehi markah yang paling tinggi... Dikuti dengan Tapaw dan Bowl. Memang best...




Sedapnya kerepek pedas... Sambil ketawa sambil makan. Memang Mia tuang atas pinggan. Kalau letak satu paket plastik nanti terus cepat habis. Hehehe langkah penjimatan untuk waktu makan yang tidak disedari. Kalau dah habis, barulah tuang lagi... Santapan di depan kaca tv...

memang minat rancangan Bintang Mencari Bintang... nak ketawa dan hiburkan hati...

posted from Bloggeroid