Seperti yang sedia maklum, Pemenang Giveaway Naili Shoppe telah diumumkan dalam entri SINI pada 8 April 2013. Sehingga kini hanya ada 7 orang pemenang telah pun menuntut hadiah daripada Naili Shoppe (penganjur) sama ada melalui transfer bank account dan topup.

Amat menyedihkan selepas lebih sebulan (masa yang dianggap amat lama) terdapat 4 orang blogger bernombor 19369, dan 49 (entri telah di delete dan dibatalkan penyertaannya) tidak menuntut hadiah RM 10 berikutan tiada emel yang diterima oleh pihak penganjur.

Bagi mengatasinya, pihak penganjur akan mengadakan sesi cabutan bertuah kedua bagi menggantikan 4 orang pemenang di atas sekiranya tiada tuntutan yang dibuat kepada nailishoppe@gmail.com sehingga 11.59 malam 14 Mei 2013. Pengumuman pemenang sesi cabutan bertuah kedua (dengan syarat entri giveaway masih wujud lagi sehingga kini) akan diumumkan pada 15 Mei 2013.

Harap mengambil serius perkara ini dan segala keputusan adalah muktamad.

sedih sebab RM10 itu banyak nilainya...