Hmmm... kalau perasan di blog sebelum ini, Mia selalu cerita tentang aktiviti makan dan riadah kami bertiga, Mia, Kak Aida dan Dayah.

Sejak Kak Aida menjalani pembedahan di Regency Specialist Hospital tempohari, Kak Aida dapat cuti sebulan untuk rehat. Semoga Kak Aida cepat sembuh ya..

Mia dan Dayah tetap meneruskan aktiviti makan di waktu pagi dan tengahari berdua sahaja. Rasa janggal pun ada juga. Sebab bila tengah berborak, tiba-tiba terasa kalaulah Kak Aida ada tentu best...

Tengahari tadi kami berdua makan di Kopitiam Giant Tampoi. Dayah makan nasi goreng kampung. Mia hanya makan kentang goreng sahaja sebab tekak belum ada selera lagi.



Memang terasa juga ni. Tapi tidak boleh buat apa. Tak sabar rasanya nak tunggu Kak Aida naik kerja semula bulan depan. (^_^)

walaubagaimanapun kami tetap berhubung melalui WeChat dengan mesranya....

Entri berkaitan :
WeChat | Aplikasi Mobile Terkini Untuk Berhubung

Published with Blogger-droid v2.0.6