Alhamdulillah... dalam tempoh yang tidak berapa lama, ketiga-tiga calon protege kedua Mia telah pun membuat entri balasan selepas diumumkan dalam Calon Protege Kedua Mialiana.com. Masing-masing terkejut dan tidak sangka boleh terpilih dan secara tidak langsung menyatakan setuju sekiranya terpilih selepas Mia  dan Eraz membaca entri-entri mereka.

Jom terjah...

Sebenarnya, Mia tidak pun beritahu apa-apa tentang tugasan pertama. Mereka pun tidak mengetahuinya. Entri yang dibuat pun adalah secara spontan dan dari luahan hati yang ikhlas.

Terus-terang Mia katakan yang terkadang kita sendiri tidak tahu menilai diri kita. Tetapi pandangan orang lain terhadap kita berbeza. Mungkin nampak sesuatu dalam diri kita yang kita sendiri pun tidak nampak. Sukar untuk diterangkan dengan kata-kata tapi itulah yang Mia dan Eraz nampak dalam diri ketiga-tiga blogger ini.

Dulu pun Eraz, macam ini juga. Rasa tidak yakin dan terlalu fikir banyak yang negatif. Selalu berkata "Kak Mia, boleh ke Eraz buat?", "Jadi tak?","Wahh, tak sangkanya Eraz boleh buat juga." Tetapi sekarang, jauh berbeza penampilan Eraz dengan lebih yakin, positif dan berfikiran terbuka.

Memanglah tidak tahu dan tidak pandai, tapi kita kan boleh belajar, mencuba dan berusaha. Itulah kunci utamanya. Cepat atau lambat bergantung kepada usaha kita. Tidak semestinya apa yang kita buat akan terus berjaya. Mungkin akan menemui kegagalan. Tetapi harus jadikannya sebagai batu loncatan untuk terus bangun balik dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menguasainya. Pengalaman itu terlalu berharga. Dugaan tetap ada untuk menguji kita. 

Ikutkan hati Mia nak pilih ketiga-tiga blogger ini sekaligus, tetapi apakan daya, Mia dan Eraz pun ada komitmen lain. Kalau pilih seorang blogger, boleh beri lebih tumpuan dan fokus pada satu blog sahaja. Biarlah dalam kuantiti yang sedikit, yang penting hasilnya biarlah berkualiti.

Tinggi betul cita-cita Mia ini. Moga usaha murni kedua ini akan dapat terlaksana dan dapat mencungkil bakat dan potensi protege kedua kelak.

Tugasan kedua akan menyusul minggu depan melalui facebook pula... sabar ya...