Kalau dahulu... ibu bapa selalu bacakan kisah-kisah dongeng pada anak sebelum tidur. Sekarang bedtime story dah lain pula gayanya.




Hah... nampak tak? Sofea lebih gemar tengok video kartun kat youtube. Antaranya ialah Pingu dan Upin Ipin. Lepas habis satu video, video lain pula dikliknya sehinggalah mengantuk. Selepas matikan laptop, barulah tidur.

Ada juga video kartun yang telah di download. Tetapi Sofea lebih suka tengok secara online. Sampai terkadang, asyik video kartun itu sahaja diulang-ulang sehingga naik hafal apa yang akan berlaku seterusnya dan juga boleh ingat dialog dan tiru gaya percakapan, siap dengan memek muka sekali. Sayangnya kat Sofea...

good night everyone....