Hari ini, Mia kerja seperti biasa. Tetapi agak sibuk dengan beberapa masalah di tempat kerja. Masalah yang berkaitan dengan tugas-tugas ICT. Tidak perlulah Mia nyatakan dengan terperinci. Cukuplah sekadar mengetahui dan mendengar.

Memang kami bertiga, Mia, Lela dan Hafizs ingin selesaikannya hari ini dan berusaha bertungkus-lumus namun nampak gayanya macam berat. Kalau ditimbang, boleh terlebih meter. Satu hari ini selesaikan satu masalah ini sahaja.

Mia terasa letih sungguh sampai terdetik di hati ingin putus asa. Terkadang banyak benda yang orang tidak tahu di sebalik pengurusan ICT di satu-satu organisasi. Bukannya mudah walaupun nampak senang. Bukan setakat komputer, internet, notebook, printer dan sistem sahaja malah sebenarnya terlalu meluas dan lebih dari itu.

Mia ada letak kata-kata semangat di wall post facebook..

klik pada gambar untuk besarkan

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Hanya jauhari sahaja yang mengenal manikam. Masalah hampir selesai, tinggal sedikit sahaja lagi. Akan bersambung pada hari Isnin...

jangan pernah putus asa...