Siapa kat sini pernah sesat? Bagi pengguna android, sama ada tablet ataupun handphone boleh cuba download aplikasi Waze Social GPS Maps and Traffic. Mia pun baru sahaja menggunakannya dan ternyata amat membantu di kala tersesat jalan. Entri ini sekadar perkongsian dan review daripada Mia.

Agak-agak kalau tersesat kat Putrajaya, nak tanya orang kat tepi jalan pun tiada. Yang ada cuma bangunan, pokok dan jalan raya. Bayangkan banyak betul highway kat situ. Boleh tersalah pilih dan bila perasan dah semakin jauh. Memang risau sebab perlu cari jalan untuk berpatah balik. Sebenarnya, Mia pernah tersesat di Putrajaya tempohari masa nak pergi mesyuarat. Selama ini selalu pergi menggunakan kenderaan pejabat, tetapi apabila pergi dengan kenderaan sendiri, rasanya macam ingat-ingat lupa terus tersesat habis. Nasib baiklah ada handphone Samsung Galaxy S Advance ni, terus apalagi Mia gunakan aplikasi Waze dan akhirnya sampai ke tempat yang dituju.

Kadang-kadang kita tidak tahu, benda-benda macam ni penting di kala waktu yang tidak terduga.



Setelah banyak kali guna aplikasi Waze ini, memang best... Cubalah install ya...

serik... tidak mahu sesat lagi....