Semalam kan Mia dan Kila ada pergi event VMware Solutions Symposium 2013 di Kuala Lumpur dan kami turut bawa pulang hadiah / goodies / cenderahati yang kami dapat dari booth yang dilawati. Memang suka sangat.

Jom tengok...

Hadiah yang diterima dari booth Dell. Koleksi bola golf, voucher Jusco RM30 dan set toolbox. Ingatkan bola golf mainan punya, rupanya bola golf betul. Adui.. nak main kat mana ni...

Patung bear, robot comel, bola berlampu, pen dari booth Emerson dan Veeam.

Hadiah purse dari Trend Micro, T-shirt dari Global Knowledge, botol air dari Hitachi, coklat m&m dari HP, cd antivirus dari McAfee, highlighter dari Bintara, tag nama dari CISCO dan EMC.

Alhamdulillah.. syukur. Suka join aktiviti yang diadakan oleh booth-booth ini. Ada yang cabutan bertuah, teka bilangan, pusing roda impian, masuk dalam kotak besar berangin untuk ambil kupon hadiah, buat slogan dan lain-lain lagi. 

walaupun penat tapi bila tengok hadiah... rasa berbaloi... (^_^)