Pagi yang indah
Disinari sang suria
Ke pelusuk bumi
Tanpa pilih kasih

Menyingkap lembaran hari ini
Memberi nafas kehidupan
Menjanji harapan keagungan
Memulakan dengan keceriaan

Hanya sementara tapi bermakna
Hanya ada selepas malam pergi

Bila berlalu terasa ia pergi
Bila berlalu terasa nak ia kembali

Pagi yang indah
Usah dicemari
Teruskan langkah
Nikmati sepenuh hati


puisi pagi yang indah... nukilan Mia pagi ini... (^_^)
posted from Bloggeroid