Monster High™ dan Universiti Limkokwing telah mengambil suatu inisiatif yang kreatif untuk membanteras gejala buli. Ini berikutan keputusan statistik yang sangat membimbangkan dengan tinjauan yang telah dibuat oleh Microsoft Corporation bahawa 84% kanak-kanak di Malaysia telah dibuli. Peratusan yang tinggi ini mendorong Monster High™ dan Universiti Limkokwing untuk menganjurkan pertandingan "Monster High ™ & Limkokwing Against Bullying"
Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar Universiti Limkokwing Cyberjaya dan dikehendaki menghasilkan mesej anti-buli yang terkreatif dan berkesan dengan memilih salah satu daripada kategori berikut :
- Lagu (tempoh maksimum 3 minit)
- Video (tempoh maksimum 3 minit)
- Poster / Gambar (saiz maksimum A3)
- Rekabentuk T-Shirt (saiz maksimum t-shirt imej A3)
Pertandingan ini bermula dari 4 Oktober - 4 November 2013. Pemenang akan berpeluang untuk bekerjasama dalam Monster High Malaysia 2014 PR Campaign. Borang penyertaan boleh didapati dari laman web Universiti Limkokwing.
Pertandingan ini akan diadili oleh panel hakim yang mempunyai kepakaran profesional dan akademik dalam isu-isu media, sosial, dan projek-projek kreatif, iaitu :
- Kelly Yip, Brand Manager (Girls), Mattel South East Asia Pte. Ltd.
- Dato’ Tiffanee Marie Lim, Associate Vice President for Talent & Creativity Development, Limkokwing University of Creative Technology.
- Ian Yee, Editor of R.AGE and Initiator of R.AGE Against Bullying Campaign.
- Nadine Ann Thomas, former Miss Universe Malaysia
- Grace Sng, Award Winning Songwriter & Vocal Coach, stART Society.
Pemenang hadiah utama pertandingan akan menerima pelbagai hadiah termasuk penyertaan dalam Mattel Southeast Asia’s Monster High PR Campaign 2014. Pemenang juga akan menerima sijil pencapaian, pendedahan media dan barangan Monster High™ bernilai RM500.
Menjadi harapan agar pertandingan ini akan mencapai matlamat dan objektifnya dalam mendapatkan mesej terkreatif dan berkesan untuk membanteras gejala buli.
Untuk keterangan lanjut, sila layari laman web Universiti Limkokwing dan Monster High™.
katakan TIDAK pada BULI..
21 Comments
bagus program seperti ini :)
ReplyDeletehaah kan... acik..
DeleteProgram yang bagus . Tak tahu pulak peratusan kanak2 di Malaysia sangat tinggi. Take note!!!!
ReplyDeletekatakan tidak pada buli!!yeah..
ReplyDeletebetul tu angah...
Deletefight buli!
ReplyDeleteyupppp... BBL... go go go...
Deleteok juga ni..
ReplyDeleteusaha yang sangat kreatif...
DeleteJangan membuli dan juga di buli.
ReplyDeleteyang sedihnya... tetap juga ada buli... huhuhu
Deletebagus ada program macam ni..berkempen secara berhemah kan
ReplyDeleteyuppp... kempen yang sihat ni .. ainim..
Deletewoaa bagus nie :) sama2 banteras buli!
ReplyDeletethanks ya nad...
Deletebagus juga ada program mcm ni.. :)
ReplyDeletetq ya aisya...
DeleteAda tak kes blogger yang buli blogger lain?
ReplyDeletetentu ada juga .. tapi jarang didengari...
Deletebagus program mcm ni kan.... katakan tidak pada buli^^
ReplyDeleteyuppp... terima kasih deno...
Delete