Baru sahaja lepas melawat Nenek Suami Mia di Felda Air Tawar 3, Kota Tinggi. Internet handphone lambat macam siput, tak boleh nak update blog tadi.

Pergi sekeluarga dengan Mak Suami Mia. Konon bawakan kuih bahulu untuk Nenek tapi Sofea pula yang sibuk makan. Entah apa kena angin dia hari ini. Banyak pula tu.




Berselera agaknya bila makan kat kampung. Suasana sungguh mendamaikan. Bila dah kenyang, tinggal 3 kuih bahulu sahaja di pinggan. Suami Mia yang tolong habiskan.

First time tengok Sofea makan kuih bahulu dengan banyaknya padahal perut bukannya lapar. Lepas ni, dah boleh beli banyak untuk dia. Buat stok di rumah.

sebelum ini makan satu.. dua saja..

posted from Bloggeroid