Tertarik sungguh Mia bila baca lawak sifat hantu ini... entah siapalah punya idea ni. Bagus juga ya. Ada juga sifat positif hantu yang selama ini kita tak sedar.


Jom baca....



Toyol
Masih kecil sudah berdikari, boleh cari wang sendiri tanpa diajar.

Pontianak
Susah senang selalu tertawa yang menunjukkan keperibadian pontianak ini begitu optimis.

Pocong
Dari dulu kain bajunya tidak pernah diganti. Ertinya dia tidak tertarik pada fesyen dan sangat bersahaja.

Hantu air
Walaupun selalu menetap di lautan, tetapi pakaiannya selalu lengkap dan sopan. Tidak pakai baju renang. Ertinya dia selalu menjaga etika dan kehormatan.

Jerangkung
Datang tidak diundang. Pulang tidak dihantar. Ertinya dia tidak mahu menyusahkan orang lain.

Jebon
Makhluk halus yang paling istimewa, walau mukanya buruk, hancur, badannya berbau, dan menakutkan tetapi sifatnya sangat penyabar.

sumber : whatsapp

aduii... hihihi ada betul juga ya...

posted from Bloggeroid