Pagi ini Mia nak cerita kisah prestasi terkini protege kedua Mia, iaitu Farah. Masih lagi dalam didikan Mia dan sejak bertukar kepada domain sendiri, Farah sudah buat banyak perubahan pada blog.

Walapun sedang mengandung dan sibuk dengan kerjayanya, Farah masih mampu update blog secara konsisten dan blogwalking. Mia terpikat dengan sifat kerajinan dan kesungguhan yang ada dalam diri Farah.

Pemilihan Farah sebagai protege kedua Mia pada pertengahan tahun ini ternyata tidak sia-sia apabila ranking blog Farah kini berada di bawah 700 Alexa Malaysia. Sebagai mentor, tentulah Mia suka dengan perkembangan drastik ini walaupun masih ada lagi beberapa tugasan yang Farah belum laksanakan.




Tidak dapat dinafikan sekiranya masih mengikuti tips dan laksanakan tugasan yang diberikan, pasti Farah akan mengikut jejak langkah Eraz, protege pertama Mia. Tidak sabar rasanya Mia nak menunggu detik itu.

Sebagai mentor, Mia rasa syukur sangat. Didikan yang diberikan adalah daripada pengalaman Mia sendiri. Apa yang Mia aplikasikan ke blog ini telah pun diperturunkan kepada kedua-dua blog protege Mia dengan mengekalkan identiti blog masing-masing.

Cita-cita Mia yang Mia anggap mustahil untuk jadi mentor pada 2 orang blogger tahun ini sudah tercapai. Syukur... alhamdulillah...

mood berangan jap...

posted from Bloggeroid