Syahdunya hati ini. Sekejap betul masa berlalu. Esok kita akan merayakan Hari Raya Haji. Juga dikenali sebagai Hari Raya Qurban / Korban. Sibuklah masjid atau surau akan melakukan korban pada esok pagi. Tumbangkan lembu dan kambing. Yang berani, bolehlah tengok aktiviti menyembelih dan melapah.




Di kesempatan ini, Mia sekeluarga ingin mengucapkan Salam Aidiladha buat semua pengunjung blog ini yang beragama Islam. Hayatilah erti raya haji yang sebenarnya...

doodle Mia sekeluarga yang cute dari Deno... (^_^)

posted from Bloggeroid