Mia sememangnya demam dan batuk, selepas makan ubat sahaja terus tidur. Namun begitu tidak sampai hati untuk biarkan blog terabai. Nasihat seorang blogger otai, bila berblog hendaklah konsisten dan kekalkan momentum agar tidak jatuh. Berat juga nasihat dia ini. Jadinya, blog tetap kena update walaupun sibuk dan tidak larat macam mana pun. Mia ikut nasihat blogger tersebut, dan ternyata berhasil. 

Boleh buat entri autopublish ke tarikh dan masa yang kita ingini. Gunakan sepenuhnya kemudahan yang ada. Cuma kadang agak sukar sedikit nak buat beberapa entri autopublish dalam satu masa. Memang kekok, tetapi bila dah lama-lama akan terbiasa juga.

Ataupun boleh update blog secara mobile dengan menggunakan handphone. Mungkin boleh buat entri bergambar. Pun sudah memadai walaupun mengarang entri yang pendek. Tidak mengapalah, asalkan kita dah berusaha untuk update blog kita.

Tetapi janganlah sampai stres, kita buat ala-ala santai bila berblog. Update yang mana kita rasa perlu untuk dikongsi bersama pengunjung. Tidak kisahlah entri apa sekalipun. Janji ada update. Barulah timbul rasa seronoknya berblog.

 salah satu tips dari blogger otai tersebut...