Ini hanyalah sekadar pendapat dari Mia sahaja. Semasa blogwalking, dalam banyak-banyak entri di blog yang dilawati, Mia lebih suka kepada entri yang ada gambar. Maksudnya, satu gambar pun sudah mencukupi bagi memahami mesej yang ingin disampaikan. Terkadang kalau tak ada gambar pun leceh juga, susah nak faham. Lebih-lebih lagi entri masakan, tutorial, penerangan dan lain-lain. Nampak sangat kan... memilih orangnya. Minta maaf ya..

Sebenarnya, setiap entri ada kelebihannya juga bergantung kepada cara penyampaian. Kadang tidak ada gambar pun tak apa. Tetapi Mia tetap lebih suka pada entri yang ada gambar. Macam best dan menarik. Boleh ceriakan mood pengunjung walaupun dengan hanya satu gambar sahaja.

Sebab itu, di blog ini Mia kekalkan penggunaan gambar di setiap entri. Kalau tidak ada gambar, Mia akan buat sendiri ataupun ambil dari google.

 a picture worths a thousand words...