Pagi tadi seperti biasa keluar rumah pukul 7.00 pagi nak pergi kerja di Bandar Baru UDA. Mia bawa kereta macam biasa. Tidak laju. Sampai sahaja di atas flyover Taman Ungku Tun Aminah, kereta bergerak perlahan. Begitu juga dengan kenderaan lain. Mia berada di lorong tengah.

Entah macam mana tiba- tiba belakang kereta kena langgar dengan 2 kali hentaman. Bunyi kuat. Berderau darah Mia. Suami Mia yang berada di sebelah terus tekan hon lama-lama untuk beri amaran pada kenderaan berdekatan. Kebetulan pula hari ini Suami Mia tak jadi bawa motorsikal ke tempat kerja. Takut sebelah petang hujan.

Nasib baik kami selamat dan tidak alami sebarang kecederaan. Kenderaan di hadapan agak jauh dari kereta Mia.

Bengang juga dengan pemandu lori ini. Kenderaan dah banyak di depan pun boleh langgar pula. Terus keluar dan jumpa pemandu itu. Langsung diambil gambar lori dan lesennya.

Selepas itu kami buat laporan di Balai Polis Skudai. Pemandu itu katanya akan buat laporan polis selepas selesai urusan penghantaran barang.




Kereta kemek di bahagian belakang. Memang terkejut sebab ini adalah kali pertama kereta Hyundai Getz ini accident. Mia bawa kereta ini memang cukup hati-hati. Sayang sangat. Beli dari awal tahun 2010.

cuti terus hari ini... mood tidak berapa stabil...