Dalam usaha memastikan pengeluaran entri yang konsisten di blog ini, amat penting bagi Mia untuk buat entri autopublish di mana Mia akan tetapkan tarikh dan masa untuk entri dipaparkan ke dalam blog.


klik pada gambar untuk besarkan

Nampak tak kat dashboard blogger ruangan Post, mana-mana entri yang telah ditetapkan tarikh dan masa yang berkenaan akan keluar status Scheduled. Maksudnya ianya akan secara automatik terpapar mengikut yang kita jadualkan.

Mari Mia tunjukkan tutorial yang ringkas menunjukkan cara-cara nak tetapkan tarikh dan masa untuk entri. Sempat juga Mia printscreen semasa menaip entri ini.

klik pada gambar untuk besarkan

Perasan tak kat sebelah kanan masa kita menaip entri baru ada ruangan untuk Post Settings. Bila dah siap buat entri, sila pergi kat Schedule dan pilihlah Set Date and Time. Selepas siap, klik pada butang Done. Kemudian klik pada Preview untuk melihat rupa paparan entri. Selepas berpuas hati dan tiada perubahan dibuat, sila klik Publish.

Amat penting bagi Mia untuk buat entri-entri autopublish atau autpost ini kerana Mia pun ada komitmen lain bukan hanya blog sahaja. Sebagai blogger yang ada kerjaya dan keluarga memang masa amat mencemburui kita. Ruginya kalau tak guna kemudahan ini. Ternyata ia amat memudahkan di kala kita sibuk dengan hal-hal lain.

Sedang Berlangsung :

 perlu diingatkan di sini... blogger bukan 24 jam mengadap blog ya...