Semalam tengahari, Unit ICT ada buat jamuan makan kat Pizza Hut Bukit Alif sempena meraikan perpisahan Wana (bertudung hitam) yang merupakan kerani di unit ini. Wana masuk Unit ICT pada September 2013 dan berpindah ke pejabat LPNM di Pontian 1 Mei 2014. Sedihnya... sebab tiada pengganti.








Alhamdulillah... kenyang. Bos yang belanja. Itupun ada yang tak habis. Siap bungkus bawa balik pejabat.

Dengan ini, tinggallah kami berempat menguruskan hal-hal berkaitan perkakasan, perisian, sistem, rangkaian, aset dan lain-lain yang berkaitan untuk semua pejabat LPNM di seluruh Malaysia. Seorang satu gred F41, F29, E27 dan FT17.


 sebab itu khidmat pelajar-pelajar praktikal amat diperlukan di sini...