Baru sahaja selesai tengok cerita movie godzilla di channel 5 tv singapore. Tak pasal-pasal kan tidur lambat malam ni.

Semalam kan cuti umum. Jadi agak kesibukan menguruskan hal-hal rumahtangga dan keluarga. Makanya mood Mia bertukar kepada mood bersegmen. 

Sekali sekala kita bersegmen apa salahnya. Support blogger lain dan join komuniti lain. Kenal-kenal dengan blogger lain. Blogwalking ke blog mereka mana yang termampu. Tak banyak.. sikit pun jadilah kan.. Siapa lagi yang nak support blogger lain kalau bukan kita yang blogger ni. 

Buangkan jauh-jauh perasaan sombong ke... pilih kasih ke... jeles ke... dengki ke.. ataupun perasan diri itu dah popular dan famous sangat sampai tidak boleh blogwalking ke blog-blog lain, asyik ke blog kroni-kroni je... pun ada juga.. oppss termembebel panjang pula. 

Itulah lumrahnya dalam kehidupan seorang blogger. Jangan pernah lupa pada diri sendiri. Jangan terlalu mengagungkan kelebihan yang kita ada. Lama kelamaan orang akan meluat dan bosan dengan kita. Berbloglah seadanya dan dengan bersederhana. Kerana dari situlah orang akan kenali kita siapa sebenarnya.

Sekadar renungan di tengah malam ini. Juga mengingatkan diri Mia ini. Harap jangan tersalah anggap pula.

 cuti satu hari macam tak cukup pula... huhuhu

Hadiah bernilai RM10,020.00 untuk dimenangi.
Klik SINI untuk join.