Wahhh... terharunya Mia. Tadi petang baru sahaja sempat pergi pejabat pos laju nak ambil bungkusan. Kelmarin, masa posmen sampai tiada orang di rumah. Bungkusan itu adalah datangnya dari blogger Fuza. Maklumlah kan... orang baru balik dari bercuti di Bandung, Indonesia. Yeay... dapat ole-ole dari sana.

Tak sangka pula, banyak yang ada dalam bungkusan itu. Telekung warna putih bersulam bunga yang senang untuk dibawa travel. Shawl 4 warna (Mia lipat dua supaya muat dalam gambar) yang senang nak matching dengan banyak baju. Minyak angin aromaterapi yang boleh disumbat dalam handbag, buat standby untuk emergency terseliuh atau sakit urat. Yang terakhir ialah keychain L U C K yang sweet.

Terima kasih banyak-banyak ya Fuza kerana menghargai persahabatan alam maya ini. Mia belum pernah jumpa lagi dengan dia ni di depan mata. Cuma borak-borak kat whatsapp dan facebook je...





Bestkan.... rasa happy sangat ni. Nak cepat-cepat cuci telekung dan shawl supaya boleh guna terus nanti.

terharunya... amat terharu ni...

Hadiah bernilai RM10,020.00 untuk dimenangi.
Klik SINI untuk join.