Petang tadi masa ambil Sofea, cikgu taska dia ada bagi checklist bahan-bahan yang perlu dibawa esok. Katanya untuk aktiviti sepanjang cuti sekolah ini. Sofea turut cuti dari tadika. Makanya, dari pagi sampai ke petanglah di taska.

Bila tengok, banyak juga bahannya. On the way balik rumah mulalah mencari pingan polisterene, botol plastik air mineral, tin air minuman. Selebihnya ada di rumah.

Cuma 2 bahan saja yang belum ada lagi. Daun dan suratkhabar. Daun tu esok pagilah baru petik. Suratkhabar pula esok pagi juga baru beli. Maklumlah kan baca berita online.

Baguslah. Ada aktiviti macam ni. Minda kanak-kanak boleh berkembang dan kreatif.

mak dan ayahnya yang excited ni...