Semalam baru beli kain 11 meter untuk dibuat baju raya tahun ini. Mia dan Sofea nak buat baju kurung. Suami Mia pula baju melayu teluk belanga.

Tadi petang selepas kerja kami bergegas ke Kangkar Tebrau untuk tempah kain ini. 2 tahun sudah ada hantar tempah pada hari puasa kedua di SINI. Sedihnya... kali ini, tak diterima sebab dah banyak sangat tempahan. Aduhai stres betul ni. Ramai lah pula tempah kat sini. Masa Mia datang sekeluarga tadi, ada juga satu lagi keluarga senasib dengan kami.

Ni pun dah google cari kat internet mana-mana tukang jahit di Johor Bahru. Esok bakal cari lagi di waktu tengahari.

harap misi ini berjaya... kalau tak berjaya, pakai ajelah baju raya yang sebelum-sebelum ini... huhuhu