Bila orang tanya apa itu blog? Mia pun tak tahu nak cakap macam mana sebab blog itu terlalu luas tanpa had dan sempadan. Boleh diakses bila-bila masa dan di mana saja. Boleh tulis apa sahaja untuk dikongsikan bersama pengunjung.

Seperti yang digambarkan di bawah... tentu faham kan...


Tak kisahlah nak blog tentang apa. Ikut suka blogger itu tersendiri ingin corakkan blog dia macam mana. Mia lebih selesa dengan niche blogger personal. Lebih santai dalam berblog dan tidak terlalu stress untuk update blog.

Terpulang pada diri sendiri. Tepuk dada tanyalah selera.. Buatlah blog dulu barulah tahu nanti...

blog.. blog.. blog...