Bersambung kisah dari entri SINI. Memanglah kali pertama memang akan ada perasaan takut. Tak banyak, sedikit pun tetap ada. Namun digagahi juga diri ini untuk menjalani rawatan Fractional CO2 Laser Skin Resurfacing Treatment.

Penerangan ringkas tentang konsep rawatan

Ianya menggunakan tenaga mikro laser yang akan memecahkan tisu kulit melalui epidermis ke dalam dermis. Proses penyembuhan semula jadi badan akan menghasilkan tisu baru yang sihat untuk menggantikan kawasan tisu yang terjejas akibat terkena laser, dan ini akan menyebabkan warna parut semakin pudar dan tekstur kulit menjadi lebih sekata. 

Sebelum rawatan






Muka Mia dibersihkan terlebih dahulu dan kemudian disapu dengan anaesthetic cream @ krim kebas. Kemudian, dibiarkan selama setengah jam supaya benar-benar kebas.

Semasa rawatan




Rawatan dibuat dengan laser pada permukaan kulit muka di bahagian yang bermasalah. Mata ditutup dengan google khas sebagai langkah keselamatan. Memang agak sakit sedikit rasanya macam kena gigit semut. Tak perlu risau, sakitnya tak sesakit yang dibayangkan pun. 

Selepas rawatan

Muka di sapu dengan krim pelembap bagi melegakan keradangan kulit muka akibat laser. Muka nampak agak merah sedikit. Penjagaan kulit muka selepas rawatan amat penting dengan mengenakan krim pelembap dan sunblock yang betul supaya kulit tidak terlalu kering.  Ada tempoh downtime yang harus dijaga rapi atau rasa ketidakselesaan pada kulit muka dalam tempoh 6-10 hari selepas rawatan bagi pemulihan sepenuhnya kulit muka secara semulajadi. Memang kena banyak bersabar sebab tidak boleh pakai make up atau bedak dalam tempoh ini.







Kos rawatan
Tidak dinafikan kos rawatan agak mahal namun amat berbaloi dengan hasil yang ternyata memberansangkan. Kos atau harga untuk satu sesi / rawatan ialah RM1500. Tetapi jika anda benar-benar berminat dan ingin membuat rawatan ini secara berterusan, dicadangkan agar mengambil harga pakej promosi iaitu dengan membeli 4 kali sesi rawatan bernilai RM6000, anda akan mendapat 2 kali sesi dengan percuma. Lebih menjimatkan.

1 sesi rawatan  = RM 1500
4 sesi rawatan + 2 sesi percuma  = RM 6000






Premier Clinic
Address: No.31 Jalan Wan Kadir 2, Taman Tun Dr Ismail, 60000 WP Kuala Lumpur.
Contact No: +603 – 7732 5552 / +6012 -6625 552
Email: contactus@premier-clinic.com

cantik secara semulajadi...