Bermulanya Di Sini Bersama Premier Clinic


Selepas hari raya kulit muka Mia agak berjerawat memandangkan makan yang macam-macam masa musim raya ini. Sayang sangat nak lepas peluang untuk merasa dan nikmati juadah hari raya.. ketupat, lodeh, rendang, sambal, lemang dan lain-lain. Pendek kata meriah dengan makanan yang tanpa fikir soal diet.

Terus-terang Mia katakan bila dah tak jaga makan, orang tua kata dah langgar pantang di samping komitmen kerja dan kurang tidur, makin jerawat bertakha di muka. Pula itu berparut pula. Muka nampak tak cantik. Hmm.. mulalah risau ni. Tersangat risau dan mula mencari penyelesaiannya.

Tup-tup terfikir dan nak cuba buat rawatan muka yang intensif, yang betul-betul berkesan dan juga berbaloi. Apa kata cuba perubatan estetik. Belek punya belek macam berkenan pula kat Premier Clinic. Setelah berbincang melalui perbualan telefon maka rawatan yang sesuai ialah Fractional CO2 Laser Resurfacing. Nak tahu, klik SINI.

Macam tak percaya saja kan... perasaan takut itu pasti ada sebab ini adalah kali pertama buat Mia. Bila tanya rakan-rakan terdekat, masing-masing tidak pernah buat, makin bertambahlah risaunya. Relaks kena relaks..

Tibalah hari temujanji, petang 12 Ogos 2014 sampai juga Mia ke Premier Clinic, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.


Selepas membuat pendaftaran, Mia berjumpa dengan Dr Aarthi. Penerangan yang terperinci diberikan tentang keadaan kulit muka Mia, proses rawatan Fractional CO2 Laser Skin Resurfacing dan penjagaan kulit muka selepas rawatan.

"Fractional Laser Resurfacing (Lux1540, non-ablative) is a new technology which promises to deliver results approaching that of deep chemical peels or ablative laser resurfacing, without the discomfort and inconvenience of a lengthy healing period.

Fractional Laser Resurfacing uses laser energy micro beams to break down skin tissue through the epidermis into the dermis. The body’s natural healing process creates new, healthy tissue to replace the areas of affected tissue, resulting in lighter scar colour and a more even skin texture.

No visible wound is created and makeup can be applied immediately."

Rawatan laser ini selamat dan paling berkesan dalam memulihkan pelbagai masalah kulit seperti parut jerawat, parut pembedahan, besarkan saiz liang pori, warna kulit dan tekstur, kedutan kulit, tompokan penuaan dan kulit terbakar akibat  matahari, stretch mark,tag kulit dan pembuangan tahi lalat.


Dalam hati ini, risau juga takut sakit ke kena laser tu. Namun, digagahi juga untuk teruskan rawatan ini. Tentu tidak sabar nak tahu, bagaimana rawatan ini dijalankan bukan? Mia akan ceritakan di entri seterusnya di SINI.



Premier Clinic
Address: No.31 Jalan Wan Kadir 2, Taman Tun Dr Ismail, 60000 WP Kuala Lumpur.
Contact No: +603 – 7732 5552 / +6012 -6625 552
Email: contactus@premier-clinic.com



cuba dulu... harap-harap berhasil....

Post a Comment

16 Comments

  1. Kebanyakan nad baca orang cakap sakit macam gigit semut je..

    ReplyDelete
  2. Takut nak bust rawatan camni huhuhu..nasid la kulit muka sis jenis tak bermasalah sgt ..

    ReplyDelete
  3. laser muka, ok lagi kot.. tak dapat bayangkan laser mata.. (pengaruh Final Destination 5,sampai sekarang takutttt).

    ReplyDelete
  4. Hehehe...lepas ni vogieee the vassss la Kak Mia kan..hehehe

    ReplyDelete
  5. Wow rawatan laser kulit muka...bertambah cantik gebuslah berseri-seri lepas nie....retis gitu....huhuhu

    ReplyDelete
  6. Eh dekat TTDI? Belah mana tu? Pizza? Pasar?

    ReplyDelete
  7. Makin cantik dan berseri-seri la lepas ni...

    ReplyDelete
  8. Dah lama x gi buat rawatan kulit.harapkan suplemen je.nk tepek krim pon malas

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum mia....lepas ni semakin cantik la mia...:)

    ReplyDelete
  10. Makin cantik lah kak mia nanti ;D hehe

    ReplyDelete
  11. lya tak pernah lagi merasa rawatan mcm ni..

    ReplyDelete