Malam tadi Mia kan ada cerita kat SINI, huruf "F" yang tiba-tiba muncul di atas header blog ini. Rasa nak cepat-cepat buang aje "F" itu, tetapi keadaan tidak mengizinkan.

Pagi ini selepas selesai kerja semalam, Mia terus buka blog sekejap guna browser Chrome. Mia highlight huruf "F" dan terus tekan right-click kat mouse. Kemudian terpapar beberapa fungsi. Mia pilih fungsi Inspect Element.


Maka, akan terpapar window Elements di bahagian bawah yang menunjukkan lokasi huruf "F" di dalam coding blog.


Dengan cepatnya dah jumpa. Tak payahlah susah-susah nak belek satu persatu dalam coding blog. Jenuh dan mengambil masa yang agak lama.

Jadi, bila buka saja coding blog template, Mia terus pergi kat lokasi huruf "F" dan buang. Entah macam mana ada "F" pula kat situ. Mungkin ada tertekan "F" secara tak sengaja atau tanpa disedari.


Lebih cepat kalau guna Inspect Element ini, lebih-lebih lagi kalau nak buat troubleshooting coding blog. Bila dah buang "F", selesai lah masalah blog Mia ini.

mood troubleshooting....