Kalau perasan masa Mia mula-mula newbie dalam dunia blog ni, kejap ada update.. kejap tak ada update blog. Sebabnya? Penyakit malas melanda. Bila sibuk, terus lupa nak update. Yang kelakarnya sampai terlupa password blog ini. Masa itu blog ini belum ada domain lagi. Masa itu guna mialianas.blogspot.com.

Bila teringat balik, rasa kelakar pun ada. Entah apa-apa saja yang di update masa itu.


Update blog ikut mood. Itu pun ambil info dari emel. Kalau tak.. memang tak ber update lah. Tahun 2008 cuma ada 22 entri di bulan Januari dan Februari. Selepas itu tahun 2009 dengan 17 entri di bulan Jun dan Julai.

Masa itu belum pandai lagi nak bahagikan masa dengan blog dan juga tak rasa yang blog itu penting dalam hidup. Identiti pun tunggang-langgang.

Tapi kan sebenarnya, bila penyakit malas sudah tiada. Baru terasa bestnya nak update. Tak percaya? Cubalah buang penyakit tu jauh-jauh...

back to the past...