Petang semalam, selepas selesai kursus hari pertama terus cepat-cepat balik ke Premiera Hotel dan bersiap untuk shopping time. Dah lama tak shopping. Shopping kat Jalan Tuanku Abdul Rahman a.k.a. Jalan TAR.

Memang dah pasang niat nak beli tudung sarung awning lembut, brooch bunga besar dan kain pasang. Penat berjalan rehat kat SOGO sambil minum pure cocoa Chatime.

Dan... inilah hasilnya...

Tudung sarung ni dapat harga RM15 satu 
(bazaar tudung sebelah Frenz Hotel)
Brooch bunga besar RM5 untuk 3 brooch

Kain pasang RM10 satu.
(kedai kain belakang Frenz Hotel)

Memang pelbagaikan jenis tudung. Kalau nak cepat, pakai yang sarung je. Kalau rajin, pakai shawl.

Kain pasang RM10 ini kena pandai pilih sebab dia berlonggok. Lama jugalah belek nak cari yang berkualiti dan cantik. Berkenan kat yang jenis cotton punya.

mood shopping...