Keletang.. keletung duduk di dapur seorang diri. Maka inilah hasilnya. Seronok kalau masak di hujung minggu ini. Dapat merasa betapa indahnya aktiviti memasak di dapur.

Hari ini Mia masa ayam masak kicap. Bubuh kentang (dah digoreng dulu) dalam tu. Sebelum itu ayam di goreng separuh masak selepas diperap dengan rencah tumbuk (halia + kunyit + garam). Sofea dan Suami Mia sangat favourite dengan ayam masakan macam ni. Kemudian barulah Mia buat kuah kicap macam biasa. Rencahnya Mia tumbuk dan digoreng sehingga naik bau bersama rempah tumis. Bubuh kicap, air dan sos tomato (supaya ada rasa masam). Siap dah kuah kita kemudian masukkan ayam dan kentang tadi. Biarkan didih sehingga ayam masak sepenuhnya.

Untuk sayur pula Mia masak kobis dan lobak masak air je. Nak galakkan Sofea makan sayur. Agak susah sikit kalau nak makan sayur. Itu yang bubuh lobak supaya nampak lebih menarik.

Menu sambal pula Mia buat sambal ketok. Suka sangat sambal ini sebab ianya pembuka selera makan. Nak-nak bila dimakan panas-panas. Betul-betul terangkat. Resepinya ada di SINI.

Paling puas hati bila suami dan anak berselera makan. Siap tambah lagi. Alangkah bestnya kalau dapat jadi surirumahtangga setiap hari.

mood puas memasak...