Dah lama rasa nak makan pecel lele dan sate ini. Baru petang semalam dapat masa dating berdua dengan Suami Mia. Sebenarnya Suami Mia ada urusan kerja sedikit. Mia ikut je. Lewat petang baru selesai urusan terus makan kat restoren melayu kat Taman Universiti.

Apalagi, terus Mia order pecel dan sate. Sedapnya tekak ni dapat merasa. 


pecel lele

sate (lima cucuk sahaja)

Nampak sangat lapar benar. Alhamdulillah semuanya habis dimakan. Harganya, tak tahu tapi taklah mahal sangat. Suami Mia yang bayar, Mia lupa nak tanya berapa harga. Yang penting leganya perut. Kenyang sampai ke malam.

makan time....