Pada petang Jumaat yang lepas, kami telah beriadah di Taman Negara Johor Tanjung Piai, Pontian. Salah satu tempat pelancongan yang menarik di Johor. Tempat ini memang sesuai untuk aktiviti sekeluarga. Sebelum masuk jangan lupa beli air minuman dan pakai kasut flat sebab tempat ini sangat luas. Puas berjalan kaki. Luas pemandangan. 

Kat depan pintu masuk.
"Welcome to Tanjung Piai Johor National Park"

Kat kaunter tiket.

Harga tiket dewasa RM5.00. Kanak-kanak bawah 6 tahun percuma. Kad pengenalan diperlukan sebagai bukti.

Papan tanda arah.


Di mercu tanda Taman Negara Johor
"The Southernmost Tip of Mainland Asia"

Bilik tayangan dan informasi.

Tengah bacakan untuk Sofea.

Tengah tunjukkan akar pokok bakau pada Sofea.

Peace... di kehijauan hutan paya bakau

Menuju ke penghujung selatan tanah besar Asia.

Melihat ketenangan air laut.

Tapak Ramsar 1289 Tanjung Piai.

Tahniah! Anda telah berada di penghujung selatan tanah besar Asia.

Tak larat nak jalan.


Naik menara pemerhati.

Pemandangan dari atas menara pemerhati.

Di atas jeti.

Boleh nampak Pulau Karimun (a.k.a Tanjung Balai), Indonesia dari sini.

Papan tanda arah di atas jeti.

Boleh beli cenderamata di sini sebagai kenangan

Aktiviti yang menyihatkan. Berpeluh satu badan bila jalan kaki macam ini. Dapat menghirup udara yang segar dan keindahan hutan paya bakau yang penuh dengan kehijauan.

sesi bersama keluarga...