Apa kenalah ni. Tiba-tiba muncul cerita borang permohonan kad nikah pintar dari Jabatan Agama Johor. Sebenarnya inilah aktiviti yang paling lama tertangguh sejak nikah pada 20.07.2007 sehinggalah sekarang. Nanti.. nanti punya pasal sampai dah 7 tahun baru nak buat.

Baru ambil borang ini semalam. Sebelum ini ke hulu ke hilir dengan salinan fotostat sijil nikah yang dah nak lunyai tu... Entah apa lah kan.. buruk betul perangai. Benda dah canggih sekarang ni, tapi selalu ketinggalan.

Salinan dokumen dan bayaran yang diperlukan :
  1. Kad pengenalan / Pasport Suami Isteri
  2. 2 Salinan Sijil Nikah (jika sudah berkahwin)
  3. 2 keping gambar berukuran saiz pasport suami/isteri (wanita bertudung / lelaki bersongkok)
  4. Bayaran RM 40.00

perasan macam baru je nikah... hehehehe

Sedang berlangsung :
Giveaway Ephyra Skin Bar Di Mialiana.com
Blogger dijemput join, klik SINI.