BR1M 2015 : Kemaskini Maklumat Pemohon

Makluman penting buat pemohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2015 bahawa pendaftaran BR1M 2015 secara online akan bermula pada 1 Disember 2014. Bagi memastikan permohonan dapat diproses dengan sempurna, pemohon diminta untuk kemaskini semula maklumat peribadi seperti berikut :
  1. Maklumat pasangan / tanggungan
  2. Alamat terkini pemohon bagi memastikan tiada keciciran semasa proses pengeposan surat
  3. Maklumat akaun bank pemohon. Pembayaran BR1M 2015 akan dibayar sebanyak 3 kali setahun iaitu pada bulan Januari, Mei dan September. Sila isi dengan betul maklumat akaun bank yang tepat supaya bayaran dapat disalurkan terus ke akaun bank pemohon.
  4. Penerima BR1M 2015 di bawah kategori isi rumah dan warga emas adalah layak dipertimbangkan untuk menerima Skim Khairat Kematian. Sila isi maklumat waris bagi tujuan pembayaran khairat kematian.
Tarikh kemaskini maklumat : 1 hingga 31 Disember 2014

Cara kemaskini maklumat boleh dibuat :
  1. Secara online melalui Portal Rasmi BR1M LHDNM di https://ebr1m.hasil.gov.my
  2. Menggunakan Borang Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2015 (BK-01) dan dihantar ke mana-mana Cawangan / Pusat Khidmat Hasil / UTC LHDNM
Senarai bank yang dibenarkan untuk tujuan pembayaran BR1M 2015 :
  1. Affin Bank Berhad
  2. Agro Bank
  3. Alliance Bank Malaysia Berhad
  4. AmBank Berhad
  5. Al Rajhi Bank
  6. Bank Islam Malaysia Berhad
  7. Bank Rakyat
  8. Bank Muamalat Malaysia Berhad
  9. Bank Simpanan Nasional
  10. CIMB Bank Berhad
  11. Citibank Berhad
  12. Hong Leong Bank
  13. Maybank
  14. OCBC Bank
  15. Public Bank Berhad
  16. RHB Bank Berhad
  17. Standard Chartered Bank Malaysia Bhd
* Jenis akaun yang dibenarkan ialah akaun simpanan bank atas nama pemohon sahaja. Akaun pinjaman, akaun bersama dan akaun syarikat adalah tidak dibenarkan.

Jumlah nilai BR1M 2015 yang diterima :
  1. Kategori isi rumah yang berpendapatan bulanan bawah RM3,000 akan menerima RM950
  2. Kategori isi rumah yang berpendapatan bulanan dari RM3,000 sehingga RM4,000 akan menerima RM750
  3. Kategori individu / bujang yang berpendapatan bulanan di bawah RM2,000 akan menerima RM350 dan dibayar pada bulan Januari.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi :
  1. Talian bebas tol 1-800-88-2716 (LHDNM)
  2. Talian 03-8882 4562 / 4566 (Kementerian Kewangan Malaysia)

Sumber : Surat Kemaskini Maklumat Pemohon BR1M 2015 dari Kementerian Kewangan Malaysia

selamat mengemaskini dan semoga permohonan anda berjaya!