Siapa pengguna WhatsApp di sini... Baru-baru ini tentu ada perasan perubahan bila mesej kita di Whatsapp bertanda warna biru. Sebelum ini, hanya warna kelabu saja.

Tercari-cari juga apa maksudnya. Rupanya warna biru itu menandakan yang mesej kita telah dibaca oleh penerima. Itu saja. Ingatkan apa..


Bagusnya. Ada juga ciri-ciri penambahbaikan di dalam Whatsapp bagi memudahkan penggunanya. Tiada alasan lagilah selepas ini jika mesej tidak sampai kepada penerima.

"Ciri ‘mesej dibaca’ adalah benar-benar mudah untuk menggunakan dan memahami; apabila anda menghantar mesej kepada penerima, anda akan melihat tanda kelabu di bawah teks, mengesahkan bahawa mesej anda telah dihantar, tetapi jika penerima membuka WhatsApp dan membaca mesej anda, maka tanda itu akan bertukar menjadi biru.

Sentiasa ingat tanda tersebut hanya akan bertukar ke biru jika mesej anda telah dibaca jika ia masih kelabu, maka adalah selamat untuk menganggap bahawa penerima belum baca mesej tersebut." - sumber : facebook

Memang guna WhatsApp ni. Sekarang baru faham dengan jelas apa maksud tanda warna biru itu. (^_^)

nampak cute bila ada biru di situ....