Jumaat lepas, Mia bawa Sofea ke Klinik Pergigian UDA di Bandar Baru UDA, Johor Bahru. Gigi bawah depan Sofea dah goyang dan ada gigi baru mula tumbuh di belakangnya. Mula-mula Ayah Mia nak cabut gigi itu sebab dah goyang sangat. Tapi Sofea tak berani.

Makanya Mia buat appointment. Ini adalah kali pertama Sofea nak cabut gigi. Mia temankan dia kat sebelah. Nasiblah doktor giginya peramah dan Sofea tak rasa takut. Gigi Sofea disapu dengan ubat kebas perasa strawberi. Kemudian terus dicabut. 




Leganya hati Mia. Sofea tak nangis pun.

** sayang sangat kat Sofea..