Tahun 2016 ni, baru kali pertama Mia nak outstation lama mula hari ini.. 3 hari 2 malam kat Ampang, Kuala Lumpur.

Masih dalam proses tuning sekolah Sofea. Berat hati ini nak tinggalkan Sofea lama. Tapi apakan daya dah komitmen kerja kenalah laksanakan.

Macam biasa kalau nak outstation, Mia akan tidur awal dan bangun awal nak siapkan barang dan pakaian Sofea. Selama ini, Mia akan letak Sofea kat rumah Mertua. Kadang kat kampung Mia, masa tadika dulu.

Agak risau takut tersalah pakai baju, jadi Mia tagging selepas gosok supaya Mak Mertua senang nak ambil. Ya lah... baru darjah satu, takut terkeliru. Hari Selasa dan Rabu Sofea pakai baju senam untuk sekolah rendah. Buat permulaan je tagging macam ni. Nanti dah biasa, dah tak perlu lagi.



Semalam hujan lebat waktu tengahari masa hantar Sofea ke sekolah agama, basah lencun kasut Sofea. Makanya lepas balik mengaji, terus beli kasut kedua buat backup.

Siap dicuci

Hari ini pakai yang baru

Tu lah... dah jadi mak ni, macam-macam yang perlu dibuat. Lagilah nak outstation dan tinggalkan anak sekolah lama-lama. Lebih selesa uruskan anak sendiri. Bila outstation memang perlu bantuan Suami dan Mak Mertua... untuk uruskan Sofea di rumah dan pergi balik sekolah serta ngaji.

Kalau oustation seminggu pun dah tak ada masalah. Sofea ada 5 pasang baju kurung sekolah (tempah punya, yang instant saiz tak sesuai), 2 pasang baju senam (2 hari pj dalam seminggu), 5 helai tudung sekolah agama dan 5 helai tudung sekolah rendah.

terus update kat blog... hihihi.. tumpang tanya, blogger lain macam mana ya uruskan anak sekolah bila outstation lama?