Sekadar pandangan dari lubuk hati Mia. Terasa seperti ingin meluah senario yang sentiasa berlaku di kalangan kita. Kadang kita sedar. Kadang kita tak sedar. Kadang kita sedar tapi pura-pura tak sedar. Begitulah lumrahnya hidup kita seharian.

Sebagai blogger tentu ada motif dan matlamat kita untuk berblog. Terpulang pada kita sendiri untuk mencorak blog. Mungkin untuk suka-suka, mengisi masa lapang, diari kehidupan, perkongsian pengalaman, ingin ramai kawan, menjana pendapatan sampingan dan banyak lagi.

Kadang itu dalam mengejar blog yang diimpikan menjadi kenyataan, bukannya satu perkara mudah. Bukan setakat bercakap di bibir saja. Tetapi perbuatan, usaha, komitmen masa, keyakinan, modal idea.. itu yang boleh membuahkan hasil yang diingini. Kadang terjatuh beberapa kali perlu bangkit cuba naikkan prestasi blog kembali.

Impian untuk punyai ramai followers, kunjungan trafik ke blog yang tinggi setiap hari malah konsisten, ranking Alexa yang bagus, blog ringan, punyai ramai pengkomen tegar, punyai ramai pengunjung blog yang setia, entri blog diindeks dan mudah dijumpai oleh enjian carian, google pagerank yang tinggi, blog mesra pelbagai gajet, design blog yang cantik dan ringan, blog jadi famous, dan macam-macam lagi impian yang Mia tak dapat sebutkan di sini. Banyak betul kalau nak disenaraikan satu persatu.

Kadang kan... tiba-tiba ada ayat jahat di benak hati. Seperti contoh... "Ya lah... kita ni siapa.. sedar diri lah sikit". "Eleh... blog biasa-biasa je.. ada hati nak glamour". Antara kata-kata yang boleh melemahkan semangat. Anggaplah ini sebagai positif dan jadikan ianya perangsang untuk mencapai blog yang diimpikan. Kadang ada juga kawan-kawan atau saudara mara terjumpa blog kita... pandang rendah pada kita. Tidak mengapa. Inilah asam garam kehidupan sebagai blogger. Pasti ada yang akan bersikap begitu. Perlu sabar..  banyakkan sabar..

Percayalah.. Pokok pangkalnya.. usaha dan terus gigih berusaha. Jangan mudah putus asa. Belajar dari mereka yang sudah berpengalaman. Jangan malu untuk belajar. Dalam pada itu kita juga perlu jaga reputasi blog kita dan jalinkan hubungan mesra dengan pengunjung blog kita dan komuniti blogger-blogger yang lain. Sentiasa jujur, ikhlas dan bersyukur...

Kerana Mia bermula dari kosong.. dari newbie di dunia blog ini. Naik turun jatuh dan bangun.... sakit perit.. hasad dengki... dikritik... ditipu.. putus asa.. putus harapan.. hilang semangat.. hilang kepercayaan.. blog diklon.. kini momentum berblog dah jadi neutral dan dengan sendirinya Mia boleh suntikkan semangat berblog kembali dan tidak putus-putus berdoa agar tidak ketandusan idea untuk update blog setiap hari... Blog ini dah macam nyawa Mia.. wajib tengok setiap hari. Sebahagian dari hidup Mia. Sayang sangat kat blog ini.

naluri berblog lahir dari hati yang ikhlas, berikan impak yang positif pada blogger (penulis) dengan pengunjung blognya.....